Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

23 Disember 2014

Hey this my new life.

ASSALAMMUALAKUM
Rindu gila nak online macam selalu buat dekat rumah 24jam tm wifi tapi sekarang sejak berpindah rumah di asrama ni kecewa beb sebab wifi dekat asrama ni gila betu serius menyampah aku. dahla aku suka online wassap-instagram-wechat-facebook-twitter. And now tak boleh aku buat semua tu sakit hati aku ni. Ok let me story tentang apa yang jadi dalam minggu ni

23 nov
Aku berangkat keluar daripada rumah pukul 7pagi kalau tak silap. then berat jugak la hati ni nak pergi but life must go on kan? so aku kuatkan hati sembunyikan apa yang aku rasa.
serius aku tak sangka aku akan pergi jua meninggalkan rumah aku. serius sejak aku lahir baru sekarang aku rasa apa itu homesick. sedih tau nak nangis ni. memang ramai gila anggara dalam 508pelajar sem 1 ni. aku pergi dewan untuk daftar lepas tu tersangkut sebab slip e-daftar aku tak jelas arghhhhh (kecewa sedih give-up) lepas tu ada la seorang lelaki ni dia marah aku dengan mak aku pulak sedangkan tu bukan salah aku tapi aku kuatkan juga langkah kaki ni bukan aku seorang ja yang kena boleh dikatakan ramai la jugak yang terkandas yang tak isi borang lagi pun ada hmm then i say yess!! aku pandai bawak diri secara slow-slow lama jugak dalam 3jam kowt. aku kembali ke peringkat pertama daftar.
1-daftar kat kaunter > cek borang > bayar rm60 > serah kunci bilik
2-isi borang kaji selidik
3-ambik gambar untuk kad matriks
4-pergi koperasi ambik 1buku peraturan 1buku kaunseling > fail > beg > topi > 2pasang t-shirt  > seluar > baju batik
5-DONE TAHNIAH!!
6-tengok bilik > bawak masuk barang
ok settle ni family aku ajak makan kat luar balik asrama sblum 4petang. lepas jalan-jalan semua family aku hantar asrama. memang aku sedih tapi aku tak nak tunjuk aku kuat aku tahan tapi dalam aku sedih tahap gaban kowt sebab kalau aku nangis comfirm mak abah adik semua nangis!!
lepas solat magrib urusetia ajak kitaorang semua pergi dengar ceramah ustaz azhar idrus walaweh!! depan-depan kowt.


BERMULALAH MSK (MINGGU SUAIKENAL)


24 nov
bagun pukul 4.30 pagi bersiap-siap pukul 5.30 pergi solat subuh dekat masjid sini. besar masjid ni cantik pakai air-cond sejuknyaa. mengantuk pagi-pagi ni.
=>7.30pagi-11pagi
1-perhimpuanan
2-taklimat msk
3-taklimat displin
4-taklimat akta 174
5-taklimat bantuan kewangan dan kebajikan
6-taklimat hal ehwal pelajar
=>2.15 petang-5.30
7-taklimat pelan integriti nasional
8-taklimat kaunseling
9-senamrobik
lepas magrib pergi masjid dengar ceramah lepas tu ada ice-breaking sikit sampai pukul 11malam


25 nov
sebelum subuh pergi masjid
7.30pagi-11pagi
1-perhimpunan
2-taklimat kesedaran pembudayaan keusahawanan
3-taklimat perpustakaan
4-praktis nyanyi 3lagu *punya la penat tekak ni ada 50kali nyanyi!!
2.15 petang-5.30petang
5-taklimat sukan
6-taklimat ko-kurikulum & kebudayaan
7-sukan senamrobik
lepas tu gotong-royong malam pulak majlis bersama warden asrama aku ingat ada makan-makan ceh rupanya tiada!!


26 nov
sebelum subuh pergi masjid
7.30pagi-11pagi
1-perhimpunan
2-taklimat ms iso
3-majlis penutup msk sesi dis
lepas magrib ada majlis penutup bersama warden arhhgg makan-makan tak da lah


27 nov
8pg-2ptg
1-aktivti jawab soalan kaunseling
lepas magrib taklimat pssi dengan rapi smpai pkul 11malam


28 nov
*jabatan perdagangan sahaja
7.30pagi-6.30petang
1-taklimat perdagangan
2-sesi suaikenal dalam kelas
3-rehat
4-aktiviti dewan
5-gotong-royong
hari ni sapa nak balik rumah masing-masing boleh tapi aku sibuk dengan kerja yang belum settle lagi ni aduhh macam banyak ja esok baru nak settel cari wifi online kejapp



20 November 2014

How to contact me? HERE.

Assalammualaikum.

Wah sejak akhir-akhir ni rajin pulak bukak laptop hmm entah kenapa but i hope kat sana nanti ada free wifi untuk aku update blog huhuh. i wanna be blogger seboleh semampu yang mana. sebenarnya aku penat kejap rajin kejap tidak. oh ya next time i wanna share something buat adik-adik yang rasa dia kecewa tahap gaban menangis berdarah tentang future. bercakap tentang future memang kita tak tahu but kita mesti usaha untuk better future.

Esok nak ambik sijil original spm ohh rindunya sekolah ku. serius alam persekolahan memang best hargai ye adik-adik sekalian kakak-kakak ni belajar untuk mendapat lebih baik.

Semalam sembang dengan dia oh bertambah sewel la otak ku.

Dalam laptop aku ni file doc penuh aduh semaknya banyak tips-tips study aku akan post one by one tak salah kowt nak sharing is caring.Tunggu ok!

Sesiapa yang mencari handfone klon korea murah/termurah boleh melawat ig shoopper sya tau.
My cust very happy macam tak percaya dapat beli iPhone 5s.

FOR CONTACT ME JUST EMAIL

shamirafarina@ymail.com

MY INSTAGRAM

http://instagram.com/perincessulking

MY SHOPPER INSTAGRAM

http://instagram.com/hereisnature

OR KOMEN JE DEKAT SINI.

16 November 2014

I COME BACK JUST IN MINUTES.

LAST POST 28/09/2014

Assalammualaikum hai semua.

sedar tak sedar dah sebulan aku tak update blog malas betul aku nak bukak laptop ni kalah orang mengandung pulak. hmm sepatutnya aku free free aku update la blog kan? ada ka orang nak baca coretan tak seberapa ni? sebulan dah tak update tanpa aku sedar tu la asyik on kat fone je.

ok mari aku cerita serba sedikit perkembangan life aku ni.

sebenarnya muka aku ni dah mula mr.jejawat berseronok tumbuh  aaarrrgghh geramnya aku dia bertapak kat dahi pulak aduhh malu sungguh bukan sebiji dua tapi seratus biji mau tak gila aku mencari produk yang ok. sekarang alhamdulillah mr.jejawat yang seratus biji 2 dah beransur kering dan letak cop kesan hitam  arrghhhhh gerammnyaa aku. i don need kimia product sebab takut lagi teruk. sekarang  aku tengah cuba produk yang bebas kimia yang dapat neutralkan kulit balik.

selain tu life aku akan jadi student balik well aku akan masuk politeknik pada 23/11/2014 selamat tinggal rumah dan semuanya. orang-orang yang suka marah aku tu semoga berbahagia pemergianku. bila balik sini aku tak sure minggu ni tinggal kemas baju lagi barang-barang semua dah ready memang ready semangat gitu -.- tapi aku rasa sedih jugak.

minggu ni aku buzy jumpa dengan orang-orang yang aku sayang kawan-kawan hai tak jumpa lagi tok wan dengan atok hmm aku pergi tngok jgk dalam minggu terakhir ni. ahad terakhir bagi aku disini.

ok kalau dekat sana nanti ada wifi pasti aku akan on laptop dan update blog pasti!! tak kisah la ada orang baca  atau tak janji terluah kehidupan sebagai pelajar IPTA.

huh ahad yang terakhir ni pagi tadi aku pergi rumah sahabat aku hanis kesian dia tak tau nak buat apa aku datang tengok.tengok dia tak tau dia nak buat apa satu pun bersepah kertas aku jugak yang tolong dia yang buat kesian aku seorang yang dia boleh harapkan. lama tak sembang dengan dia tadi sembang best jugak!!

terkejar-kejar balik rumah sebab fireman suruh angkat baju arghhhh punya marah aku dalam fone geramnya aku aapa masalahnya?? malas aku nak tegur dah..tengok-tengok ampaian tu ada orang tolong tarik dahh lagi aku stress dengan hujan lagi kilat lagi rumah tak ada sapa pulak nak tolong.

lepas tu bakal suami  ajak g makan KFC simple-simple ja makan. lepak sekejap sembang.

ok then lepas makan g lake sembang then aku menangis kena marah lagi fireman tanya bila nak send motor aduhhh terkejar-kejar lagi. sebelum tu mother in law call bakal suami suruh masuk kerja ganti orang bebai dia kesian aku tengok mod dia terus berubah lepas ibu dia call. lepas tu ceria la sikit aku usik-usik tapi bila aku nak sport cek kuku dia tak nak kasi huh terus aku merajuk lepas tu aku terus malas balah nngis kat bahu dia huhuhuh malu aku nangis sungguh *tak suka la orang nangis-nangis ni.

dia pujuk ceria balik lepas tu atas motor jadi balik bila aku tegur dia tak nak layan lepas tu terus aku diam aku slow kan motor sampai dia tanya kenapa. aku sedih. dia nak hantar aku balik tapi aku betul-betul nak balik cepat bukan sebab tak suka. aku terus cakap bye.

alamak sedih kalah cita hindustan.

dalam bilik air aku nangis puas-puas sampai selsema.

aku penat.

aku sedih.

aku kecewa.

28 September 2014

HARAPAN SEORANG LELAKI KEPADA SEORANG WANITA.

Apa yang paling diharapkan seorang lelaki?
Wanita cantik?
Wanita kaya? 
Wanita dari keturunan terhormatkah? atau wanita pelembut hati mereka?


Sehebat hebatnya para lelaki mereka memerlukan wanita yang akan boleh lebih menghebatkan mereka. Sekuat kuatnya para lelakii, mereka memerlukan wanita yang boleh lebih menguatkan pertahanan diri mereka.
Para lelaki i, mereka memerlukan wanita untuk menaklukan kebekuan diri dan hati mereka, dan setangguh teguhnyaa para lelaki, mereka memerlukan wanita yang lebih teguh untuk menegakkan hati mereka saat terpuruk.

Dan bahasa iman mereka menuntun jiwa dan hatinya dalam sebuah ikatan yang halal dimata Allah. Ikatan yang suci bersama seorang wanita yang bernama isteri.

Kerana isteriilah kebahagiaan seorang suami terasa lebih lengkap. Dan sebaliknya, kehilangan seseorang bahkan ieteri dalam rumah mereka yang megah sekalipun, akan menyebabkan kehampaan bagi hidup dan hati mereka. Bukan selalunya harta, kecantikan, kedudukan dan keturunan yang dimiliki seorang isteri yang menjadi pendamai dalam rumah suami, namun cinta yang tulus demi pengabdian kepada Allah yang justru mengabadikan kehangatan didalamnya.

Tangan kasae lekaki akan terasa lemah saat mereka melangkah sendiri tanpa seorang makhluk “lemah” yang menguatkan mereka, itulah keajaiban wanita. yang justru dalam “kelemahan” itu terkandung kekuatan untuk menguatkan suami yang didasari oleh cinta yang tulus sebagai perwujudan pengabdian kepada Allah.

Kekerasan hati lelaki seketika akan Melemah menyaksikan ketulusan seorang wanita yang kadang bertindak atas dasar perasaan mereka yang penuh kasih sayang.

Dan lelakii akan terasa kosong, setelah sedari kealpaan seorang wanita yang dapat menjadi partner berbagi mereka.

Kesungguhan cinta seorang isteri, bahkan boleh membuat seorang suami tak hanya berfokus terhadap tujuan hidupnya, tetapi juga bersemangat mencapai tujuan tersebut. Cinta seorang isteri, menempatkan mereka pada posisi penasihat yang terpercaya, sekaligus penyemangat nomor satu dalam hidup suami. Saat seorang suami merasa memiliki isteri yang amat mencintainya, ia akan berusaha dengan segenap upaya untuk bisa membuat pasangannya tersebut bangga, dan hal ini akan menjadi motivator terbesar dalam hidupnya.


Cinta adalah selalu tentang keindahan, apalagi jika terwujud sebagai cerminan dari iman dan pengabdian kepada Allah. Dan cinta isteri memiliki keindahan yang tidak dapat terbayar oleh apapun bagi para suami.

24 September 2014

DROPSHIP IS MY JOB.

Assalammualaikum.

Selamat la aku dapat recover 2email balil kalau tak nangis tak berlagu aku ni. 
cuma aku tak dapat lagi nak cover backup blog yang lama masa zaman sekolah.
ok mai sini aku nak cerita aku ada ambik part time/full time job untuk dropship tugas aku hanya buat sell ja. anyone nak aku kerja dengan sapa-sapa lagi boleh contact aku dekat fb pm terus.

Sebenarnya dropship ni untuk duit masa study aku nanti. tolong-tolong la eh.
Setakat ni aku terima jadi 9dropship nak menjadi pendapatan sebagai pengganggur.

Hari ni hari jadi dia wahh happy befday tau lanje kek please awk.
Selamat 18tahun. yeay nanti kite masak something untuk awak.
yang berminat nak aku jadi dropship atau berminat nak beli barang yang aku jual boleh contact aku di fb pm je tau.

Tidak sebaik yg di fikir kan ,
Tidak semulia yg di harap kan ,
Tidak sesempurna yg di impi kan ,
Kerana aku adalah hamba-Nya <3

23 September 2014

#MYCyberSALE




ASSALAMMUALAIKUM,

Hai Reader,


Syukur Alhamdulillah hari ni hujan Rahmat dekat tempat saya tau. Best sejuknyaa.
Sebenarnya hari-hari saya bukak email sebab takut ada pihak sent email urgent nak bagi tahu kan jadi saya ada terbaca satu email dari pengirim manager bookcafe Hairul Faizal daripada pihak Bookcafe.

TERIMA KASIH TAU SEBAB PILIH SAYA KALI NI.

Saya pernah membeli buku online dalam 4/5buah buku hari tu punya promosi best cantik buku tu elok sangat selamat sampai dekat saya. Ok let's start the entry kali ini.

Saya tak percaya tau saya terpilih untuk mempromosikan buku-buku bookcafe ni. Rasa macam seronok sangat syukur sangat sebab ini pertama kali saya dapat untuk mempromosikan buku dalam #MYCyberSALE . Saya tak tipu memang semua buku-buku di bookcafe ni memang terbaik dari ladang tau!! try la dapatkan satu buku comfirm kalau tengok promosi rasa nak beli lagi. Saya rasa setiap kali promosi macam nak beli satu bookcafe terus tapi apakan daya tak mampu saya akan terus menyokong bookcafe secara online.

Sebelum terlupa bookcafe ada buat promosi di sesuatu tempat macam jelajah la area Malaysia hanya tempat-tempat yang terpilih sahaja. Nak mintak pihak bookcafe bukak kat Taiping Perak boleh tak sebab saya nak beli face to face pleasee :)

Wahai follower dan reader blog ku, yang mana tengah cari buku-buku islamik / buku-buku islam / buku-buku cerita / buku-buku apa-apa sekali pun boleh dapatkat di laman web tetera di bawah ini.




Promosi besar-besaran, #MYCyberSALE selama 3 hari di Bookcafe.com.my
(29 September - 1 Oktober 2014)


Daftar sekarang juga di sini: http://bookcafe.com.my/newsletter


5 HARI SAHAJA LAGI UNTUK #MYCyberSALE.


- Like FB PTS




Jangan lupa untuk pilih BUKU TERBARU & HANGAT DI PASARAN.

MURAH DAN BERPATUTAN. MARI KLIK-KLIK.

SEMUA BUKU KINI DIHUJUNG JARI ANDA. SELAMAT MEMBACA DARI SAYA.

17 September 2014

Disana maxis,disini celcom.Pilihanku?

Assalammualaikum,

Petang yang panas. Mod ingat nak join mana-mana contest/segmen/apa-apa yang berkaitan dengan blog tapi tak ada yang menarik hatiku. Jadi disebabkan tak ada apa yang menarik tiba masanya untuk aku bercerita tentang hotlink dengan celcom. Anda digalakkan memberikan komen pandangan masing-masing. 

      >>>>     

Aku mula cerita tentang maxis ok. Sejak aku lahir sampailah sekarang aku setia bersama line maxis. Dulu aku pakai sebab memang murah padahal orang kata 'mahal la maxis sekarang'
aku dulu pengguna 'YOUTH CLUB' tapi ada satu hari tu numbe tu telah diblok huwaaaaa!! serius menangis tak berlagu-lagu aku. Silap aku sebab tak top-up jugak ok la redha beli lah number lain sim RM5 kalau tak silap aku. Apa yang aku ambik fokus dalam memakai sim ni ialah 'TARIKH LUPUT' memang aku selalu peka menurut hasil carian aku lah.

RM5 aktif selama 7hari sahaja.

Bayangkan sekarang kredit aku RM30.57 aku memang tak suka bergayut aku lebih suka mesej. Lain orang lain caranya kan? Bagi aku memang susah sebab aku kena beli top-up spare takut terlepas pandang. Serius jimat lagi 'YOUTH CLUB' tapi sayang sekarang tak ada lagi ok belajar redha. Baru -baru ni aku begang dengan line Maxis sebab betul-betul 1hari tak da line tanpa mesej notis!! Setelah aku berfikir memang aku akan pakai lagi satu sim. Jadi pilihan aku ialah CELCOM.

   >>>>

Hai celcom. So far puas jugak la hati aku dengan celcom ni walapun masih baru macam-macam promosi dia mesej. Tapi sim aku pelan UOX. Apa yang best tentang pelan UOX? ok aku cerita. Untuk student macam aku ni kalau nak jimat mesej kredit tak risau tarikh luput gunalah pelan ni.

RM5 aktif selama sebulan.

This is an exclusive prepaid plan for the youths aged 18-23 years old.

Insha-allah aku akan guna selama 6tahun. Yeay jimat!!

UOX_PromoPage.jpg

Harga pek RM8.50 tapi aku beli RM18.50 siap kredit RM15.

KEISTEMEWAAN



    Service Type
    Rates
    Voice call and Video call
    All Networks within Malaysia
    28sen/3min
    SMS
    Within the same network within Malaysia
    2sen/SMS
    To other networks within Malaysia
    8sen/SMS
    MMS
    To all network within Malaysia
    50sen/MMS


Bila korang daftar UOX Xpax akan bagi bonus balance 50.00MB. tapi sayang aku tak faham 50.00MB macam mana? Mungkin macam ni kowt.


ADA LAGI BESTTTTTTT!!

FREE WiFi is available at all Celcom WiFi hotspots.


Sebenarnya pelan ni macam YOUTH CLUB jugak. Tapi mungkin ada beza jugak.
Bagi aku senang ja sekarang bila maxis tak da line celcom still ada. Bila celcom tak da line maxis ada dalam 1fone amat mudah. 

Sebenarnya banyak dugaan jugak nak pakai sim baru yang kita tak pernah pakai ni tak pe la belajar slow-slow. ok itu sahaja info.

Hari isnin beli sim UOX kat bagan terkejut sebab ingat RM8.50 rupa-rupanya RM18.50 tak cukup duit aku nak beli dua sim untuk tuanku. Beta pun beli sim untuk diri tiba-tiba petang tu beta teringat untuk beli sim tuanku di kedai depan mujur syukur tinggal satu lagi UOX beta pun belikan ingat dh setel esok tengah hari sim tuanku beru boleh guna sakit hati beta tau!! Yang lawaknya numbe baru ni kita tak hafal lagi hahaha. 

Tiba-tiba beta cek balance sim tuanku ni 'aik kenapa pelan SOX aku beli UOX?" cis rupanya baru beta ingat befday tuanku belum sampai lagi 18tahun huh beta terus chat dengan orang xpax kat fb alhamdulillah pelan SOX tuanku akan jadi pelan UOX bila umur 18tahun tanpa charge apa-apa tunggu ok beta pentingkan diri rupanya hmm sorry? 

Sebenarnya sim ni kitaorang dua ja yang tau family tak tahu kawan-kawan pun tak tahu if urgent baru contact sebab kawan kitaorang semua pakai maxis dengan umobile. 

Thank you for stay.

Embedded image permalink
*buat muka sikit.

Cari lah bakal suami yang kelakar sikit. At least ada sense of humor, cari muka kacak buat apa. Nanti korang merajuk dia bukan reti pujuk.

15 September 2014

Cabaran Liebster Award

Assalammualaikum..

Hari ni aku telah melakukan curang terhadap maxis sebab aku telah memakai celcom baru sahaja beberapa jam tadi so far line celcom best untuk pakej student untuk aku. Tapi mahal kos RM 18.50
ingatkan RM8.50 aduhaiii. Frust rasa tak dapat beli 2sim hmm.

Aku terbaca dekat chatbox kat blog aku ada blogger zyla mintak aku jawab soalan so bosan-bosan petang ni meh aku jawab. Terima kasih blogger zyla sebab tag kite tau.



SOALAN DARIPADA BLOGGER ZYLA :)

1. Handphone jenama apa yang korang guna sekarang ni, dan nyatakan pendapat anda tentang jenama tersebut?

Sony XPeria.
Untuk pengetahuan semua memang saya sukakan dan cintakan barang sony sebab sound dia memang best tambah lagi  jenis walkman dekat fone ni hah ada 225lagu tau. Saya memang kaki lagu kaki menyanyi. I love u Sony.

2. Siapa sahabat baik korang dan berapa lama dah berkawan?

Umy dan Giea.
Nak dekat 6tahun dah kenal masa form 1. Memang best sebab kitaorang menangis sama-sama ketawa sama-sama berseronok sama-sama.

3. Nyatakan ayat motivasi yang sangat berkesan dihati anda?

Ayat hmm kejap nak fikir banyak sangat la tapi paling berkesan.
"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar. Maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan "- IMAM SYAFIE

4. Bila bangun pagi apa perkara pertama yang korang buat?

Hah ni wajib cari fone oh fone dah penuh ke bateri ada mesej ke ada orang call ke.

5. apa amalan korang bangun pagi?

Hmm tengok muka tak mandi dekat cermin hehehe. Ada tak orang nak buat bini?
Saya suka kemas katil bagi kemas baru bilik cantik comfirm ada orang buat bini.

6. antara bedak sejuk tradisional dan mask moden mana satu yang korang prefer?

Mask moden. 
Saya guna mask telur tak pun mask yang hitam legam tu sebab memang fresh bila pakai.

7.  apakah makanan yang korang tak boleh makan?

Hah ni soalan yang boleh buat orang gelak kahkahkah kat aku. Saya tak makan Petai , Durian , Budu , Cabai bagi la free satu lori market pun aku tak kan makan.

8. apabila dah besar  ni macam mana hubungan dengan ibu anda? adakah makin rapat?

Hmm mungkin.

9. Movie apa yang korang paling suka tengok?

Movie rasa Lagenda Budak Setan. Sebab pelakon dia best-best jalan cerita romantis sedih gembira memang i suka.

10. Blogger mana yang korang rasa awesome

Namee Roslan. Sebab dia cuteeeeeeeeeee.

11. adakah anda rasa anda cute, cantik dan kacak? dan anda harus katakan ya, sebab ciptakan Allah itu semuanya cantik-cantik belaka.

Ya!!
cantik mungkin bila saya make-up. Kalau semula jadi im cute person mungkin.

Saya dah jawab ni jujur ikhlas daripada hati tau. Sekian untuk hari ini. Baiiii

14 September 2014

Bila aku berbicara tengah malam-malam.

Assalammualaikum.

Jam sekarang menunjukkan pukul 0:47 tengah malam percaya tak tiba-tiba aku rajinkan diri separuh malas untuk meng-up-date blog. Pernah dibuat orang tak? Pernah atau tak pernah aku telah berjaya untuk rajinkan diri yeay!! Sambil layan lagu jiwang tak tahan tu. Aku memang susah nak tidur malam tambah-tambah lagi fone android senang nk online tengah baring memeluk bantal!!
Disebabkan aku nak sangat-sangat up-date blog aku kena jugak bukak laptop yang besar gedabak ni. Ok tak nak merewang lari tajuk.


Sebenarnya banyak berlaku tahun ni betul sangat mencabar bagi diri aku. Kalau nak aku cerita semuanya mungkin 5bulan 5minggu 5hari 5jam 5minit 5saat tak boleh siap tapi insha-allah aku cuba ungkapkan secara slow-slow di blog ni. Eh nak tanya ada ke orang baca blog aku ni? slient reader angkat tangan? Kalau ada terima kasih kalau rajin boleh bagi komen positif yang tak dialu-alukan ialah komen negetif yang mengarut karut.

Sejak join segmen encik ben hari bila hah semalam memang teman rajin nak up date hahaha terima kasih sebab dah listkan blog dalam list segmen encik ben. Boleh buat lagi tak? Aku peserta terakhir dalam list bangga beb!!

Dulu aku kerja kat kedai mainan maaf nama tempat kedai tersebut personal. Gaji aku tak la banyak sebab nak cari pengalaman ja kan. Kerja pukul 10pagi sampai 09malam wow 11jam kowt aku kerja bayangkan kepenatan yang aku tanggung walaupun hanya sekadar cashier. Yang paling parah melayan cust yang ya allah aku tak tau macam mana nak ungkap memang sakit hati sampai kadang-kadang buat aku menangis terduduk pasrah sendiri.Banyak dugaan. Aku berhenti hari pertama puasa sebab tak tahan kerja lagi.

Sekarang dah 4bulan aku berjaya tanam anggur jadi pengangur tanpa job ada orang sudi bagi aku job tak sebab bulan 11 baru aku sambung belajar bosang dah kata jijan hahah. Ok malam yang sahdu ni aku nak kenalkan pelan celcom U.O.X. yang best la bagi aku sebab lambat nak tarikh luput sampai umur 25tahun tak silap aku. Pelan ni untuk warga student pengajian tinggi. nak tau lebih lanjut nantikan update seterusnya.

Hari ni mak dah cakap untuk bawa aku ke cawagan celcom untuk membeli 2sim UOX tengok-tengok tak jadi hampa sungguh hati beta ni. nampak gayanya aku kena usahakan sendiri. Pagi tadi aku ambik isi dia dulu untuk belikan sekali senang jimat nak berhubung kredit tak risau lagi yeay nak pakai celcom. Selama ni aku setia dengan maxis sampai maxis mengecewakan hati beta jugak.


Pukul 11malam tadi aku dengan berbaju tido tengok tv layan "SYAH SYAHDU" tengah makan yong tau fuhhh tiba terdengar seseorang paggil "Assalammualaikummm" Amboi lembut mendayu suara hantukah? Dup Dap Dup Dap orang itu memakai sweter menunggang motor putih. Oh sungguh ku kenal orang itu.

Aku cakap pelan-pelan sambil tangan memohon ampun tuanku patik belum membeli sim lagi. Maafkanlahhhh. Aku tengok orang tu buat muka blur macam nak marah macam cakap aku menyusahkan.

Sorry lah kesian dia. Aku tak tau dia sanggup datang malam-malam semata-mata nak ambik sim sedangkan rumah kami perjalanan ambik masa 20minit paling laju 30minit sederhana slow laju.
Aku cakap online la fb tau tp dia angguk ish patik tunggu tak ada khabar puas dah patik PM.

Hmm patik merajuk lah dengan tuanku,.Sebenarnya sejak kitaorang rapat sampai sekarang aku nak aku menyusahkan dia. Dulu masa sekolah dia tolong hantarkan buku text yang bayak gila berat,tolong pinjamkan motor sebab aku tak ada kerendaan nak balik sedih,tolong dengar kesedihan aku masalah aku,part paling best kenalkan aku dengan family dia tanpa berlakon hmm aku akan doakan semoga ikantan ini menjadi halal suatu hari nanti yang akan tiba untuk kita.

Jika aku masih berbloging masa depan nanti aku jemput blogger-blogger kat internet ni heheh.

Esok petang nak date dengan sahabat lama giea aku kena luahkan semua isi hati aku apa yang aku rasa aku tanggung sorang-sorang.

Ok time to sleep. Gud nite. Sweet Dream.


HAWA : Aku sengaja berjalan di dalam hujan lebat kerana tiada siapa yang tahu aku sedang menangis..

ADAM : Aku hulurkan payung agar diri mu tidak kebasahan di dalam hujan lebat kelak siapa yang tahu kamu sedang menangis kerana demam..

# Orang tak tahu hati kita, tetapi ada yang akan fahaminya. HARGAILAH INSAN TERSEBUT.