Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

14 September 2014

Bila aku berbicara tengah malam-malam.

Assalammualaikum.

Jam sekarang menunjukkan pukul 0:47 tengah malam percaya tak tiba-tiba aku rajinkan diri separuh malas untuk meng-up-date blog. Pernah dibuat orang tak? Pernah atau tak pernah aku telah berjaya untuk rajinkan diri yeay!! Sambil layan lagu jiwang tak tahan tu. Aku memang susah nak tidur malam tambah-tambah lagi fone android senang nk online tengah baring memeluk bantal!!
Disebabkan aku nak sangat-sangat up-date blog aku kena jugak bukak laptop yang besar gedabak ni. Ok tak nak merewang lari tajuk.


Sebenarnya banyak berlaku tahun ni betul sangat mencabar bagi diri aku. Kalau nak aku cerita semuanya mungkin 5bulan 5minggu 5hari 5jam 5minit 5saat tak boleh siap tapi insha-allah aku cuba ungkapkan secara slow-slow di blog ni. Eh nak tanya ada ke orang baca blog aku ni? slient reader angkat tangan? Kalau ada terima kasih kalau rajin boleh bagi komen positif yang tak dialu-alukan ialah komen negetif yang mengarut karut.

Sejak join segmen encik ben hari bila hah semalam memang teman rajin nak up date hahaha terima kasih sebab dah listkan blog dalam list segmen encik ben. Boleh buat lagi tak? Aku peserta terakhir dalam list bangga beb!!

Dulu aku kerja kat kedai mainan maaf nama tempat kedai tersebut personal. Gaji aku tak la banyak sebab nak cari pengalaman ja kan. Kerja pukul 10pagi sampai 09malam wow 11jam kowt aku kerja bayangkan kepenatan yang aku tanggung walaupun hanya sekadar cashier. Yang paling parah melayan cust yang ya allah aku tak tau macam mana nak ungkap memang sakit hati sampai kadang-kadang buat aku menangis terduduk pasrah sendiri.Banyak dugaan. Aku berhenti hari pertama puasa sebab tak tahan kerja lagi.

Sekarang dah 4bulan aku berjaya tanam anggur jadi pengangur tanpa job ada orang sudi bagi aku job tak sebab bulan 11 baru aku sambung belajar bosang dah kata jijan hahah. Ok malam yang sahdu ni aku nak kenalkan pelan celcom U.O.X. yang best la bagi aku sebab lambat nak tarikh luput sampai umur 25tahun tak silap aku. Pelan ni untuk warga student pengajian tinggi. nak tau lebih lanjut nantikan update seterusnya.

Hari ni mak dah cakap untuk bawa aku ke cawagan celcom untuk membeli 2sim UOX tengok-tengok tak jadi hampa sungguh hati beta ni. nampak gayanya aku kena usahakan sendiri. Pagi tadi aku ambik isi dia dulu untuk belikan sekali senang jimat nak berhubung kredit tak risau lagi yeay nak pakai celcom. Selama ni aku setia dengan maxis sampai maxis mengecewakan hati beta jugak.


Pukul 11malam tadi aku dengan berbaju tido tengok tv layan "SYAH SYAHDU" tengah makan yong tau fuhhh tiba terdengar seseorang paggil "Assalammualaikummm" Amboi lembut mendayu suara hantukah? Dup Dap Dup Dap orang itu memakai sweter menunggang motor putih. Oh sungguh ku kenal orang itu.

Aku cakap pelan-pelan sambil tangan memohon ampun tuanku patik belum membeli sim lagi. Maafkanlahhhh. Aku tengok orang tu buat muka blur macam nak marah macam cakap aku menyusahkan.

Sorry lah kesian dia. Aku tak tau dia sanggup datang malam-malam semata-mata nak ambik sim sedangkan rumah kami perjalanan ambik masa 20minit paling laju 30minit sederhana slow laju.
Aku cakap online la fb tau tp dia angguk ish patik tunggu tak ada khabar puas dah patik PM.

Hmm patik merajuk lah dengan tuanku,.Sebenarnya sejak kitaorang rapat sampai sekarang aku nak aku menyusahkan dia. Dulu masa sekolah dia tolong hantarkan buku text yang bayak gila berat,tolong pinjamkan motor sebab aku tak ada kerendaan nak balik sedih,tolong dengar kesedihan aku masalah aku,part paling best kenalkan aku dengan family dia tanpa berlakon hmm aku akan doakan semoga ikantan ini menjadi halal suatu hari nanti yang akan tiba untuk kita.

Jika aku masih berbloging masa depan nanti aku jemput blogger-blogger kat internet ni heheh.

Esok petang nak date dengan sahabat lama giea aku kena luahkan semua isi hati aku apa yang aku rasa aku tanggung sorang-sorang.

Ok time to sleep. Gud nite. Sweet Dream.


HAWA : Aku sengaja berjalan di dalam hujan lebat kerana tiada siapa yang tahu aku sedang menangis..

ADAM : Aku hulurkan payung agar diri mu tidak kebasahan di dalam hujan lebat kelak siapa yang tahu kamu sedang menangis kerana demam..

# Orang tak tahu hati kita, tetapi ada yang akan fahaminya. HARGAILAH INSAN TERSEBUT.

Tiada ulasan: