Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

29 Januari 2016

Life for this week.

Assalammualaikum,



This week buzy sikit dan sedekit malas untuk bukak laptop. Dan how your day? Macam ni jelah tak ada yang best dan menarik pun. Sorang-sorang tapi masih ada kawan2 family. Weekend ni buzy dengan event poly ade gotong-royong dan sukan. Terima kasih lah sebab pick nama aku untuk buat kerje amal ye so aku dapat sedekah untuk arwah. 

Sebenarnya hari ni tak sihat seriusly badan terasa lemah. Memang lepas balik poly tadi bersihkan diri , masak tengah hari , makan ubat dan tido. Waktu tido pun terasa sakit ni pun sekarang terasa migrain lagi disebabkan macam ni kejap lagi tido kain basah atas kepala la. Nasib esok free ahad baru ada program.

Roh aku sebenarnya dah sampai kampung tau, Rindu orang sana terutamanya arwah teman istimewa. Dalam minggu ni saja dah 2kali mimpi arwah. Waktu kawan2 kenal2 dulu pun memang rajin mmpi dia. Kalau aku mimpi dia mesti aku cter kat dia.

"Malam td mmpi awak"
Simple je dia balas..
"Mainan tido 2..sya rndukn awk jugak tau"

Petang semalam aku terbaca inbox kat fb waktu arwah ada. Rupanya macam2 pesanan dia utk aku dulu tp aku yang tak perasan. Aku cuma rasa sikit2 perasaan yg xselesa sbb arwah suka mngadu bnda yg pelik2 dia rasa mcm rsa sejuk2 tba2 bdn rsa lain sgt. Dan wktu 2 aku dpt rasa perasaan lain.
Setiap kali ktaorg share feelings mesti the feelings 2 sma seolah2 apa yang dirasa aku pun rasa.

Dah nak dekat 3minggu arwah pergi menghadap Pencipta. Namun aku harus teruskan hidup ini selagi masih ada selagi 2 aku masih menulis coretan isi hati ni. Terlalu lama pendam takut beku hati. Lepas arwah pergi aku semakin tak dapat melupakan dia. Tahu xfikiran aku penat. Penat sangat2. Aku menag tak nak fikir tp terfikir pulak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pemandangan bandaraya Ipoh,Perak.


Segala perasaan ini dalam solat aku sentiasa mengadu padaNYA dan kdg2 air mata ni menitis lagi. Dulu rutin aku lepas solat subuh suka tido balik sekarang sebelum subuh aku bangun then tak boleh tido dah tengah hari baru dapat tido. Yassin 2 jd rutin aku kerap baca untuk arwah. Semoga perjalanan arwah selamat sampai di SyurgaNya.

Pengganti?
Aku bukan desprate nak berlaki ke hape. Aku tak semudah 2 cari pengganti arwah. Ingat macam pilih shawl kat mall ke? ko suka ko beli nanti bila dah beli ada shawl baru ko tinggal yang lama. Sorry im not type of that women. Aku kalau sayang aku akan sayang smpai family aku tahu la aku brkwan dengan laki 2. Buat sementara ni biarlah aku seorang diri mengubat luka ni. Memang aku mengaku aku perlukan seseorg tp seseorg 2 pun aku xtahu dia sapa? duk mna? jdoh aku ke x?

Aku xnk persinggahan lagi jadikan aku yang sebetul2 halal jmpe mak ayah aku cakap nk kenal. So the type of this man i will try to build new life. Tapi llaki sekarang lain. Waktu ko bercinta dengan Si A ko kacau orang punya then bila the girl single ko biarkan dia sorang2. Kenapa ko xcuba selami hati girl ni? Atau ko memang xihklas sukakn dia kn? cinta ko mudah datang dan pergi mcm 2. Kena reject sikit dah blah? Macam mna nk hdup 50tahun bersama kalau baru kena tolak dah mcm 

"ooo awek ni xsuka dh reject aku malas aku layan lg"

Eh girl skrg kalau ko xsggup kena reject ke hape risiko baik jgn cuba2 bercinta atau pikat mna2 awek. Malas aku cakap dengan orang macam ni macam tak faham je. Arwah dulu aku asyik reject2 je tp dia tetap usaha!! aku nampak usaha dia selama kitaorg bercinta. Sebab 2 aku sanggup ambik risiko untuk susah senang dgn dia. Susah nampak dia ptus asa dia tetap berusaha aku terus support dia sbb dia tahu aku akan dgr segala luahan hati dia.

Setiap orang yang pernah bercinta pasti ada kisah masing2 dan berbeza situasi. Ada yng berjaya brcinta smpai ke alam perkhwinan ada yang bertunang dah berpisah, dan seperti aku. Aku dah dilamar arwah untuk menjadi pasangannya nnti lepas hbs belajar tp xkesampaian hajat arwah untuk halalkan cinta ini. Arwah pergi tinggakn sya. Sya lupakan niat utk brkahwin. Saya rancang untuk travel Malayisia untuk melihat cipta Allah dengan cara ini jiwa sya tenang. 

Jika ada rezeki didunia ni utk aku rsa brkhwin dengan orang yang mncintai sya kerana Allah insya-Allah sya akan terimanya sepenuh hati. Dan semoga nama dia terus mekar dalam diri ini. Semoga dapat bimbing aku ke Syurga. Sape yang xnk khwin? Tp nnti la i want to find the man who bring me back to life. Tak nak jdoh orang nak jpdph aku sendiri. Encik jodoh tolong la cari saya , sya tggu andai ada.

Buat arwah, 
saya selalu doakan awak. Awak tetap teman teristimewa. 
Terima kasih awak telah ajar saya erti hidup ni. Sya rindukan awk teman. 

AL-FATIHAH

17 Januari 2016

Bila tiba nanti.






**akak payung gambar sikit ye..

Assalammualaikum.

Andai suatu hari nanti,
entry blog  ni tak update lagi,
status di facebook tiada ucapan lagi,
moment di wechat tiada luahan lagi,
post gambar di instagram tiada lagi,
last seen di whatsaap waktu dan tarikh tu shaja,
aku harap semua mengerti.
sudah tiba waktu untuk aku pergi mengahap Illahi.

Aku mohon jangan ditangisi pemergianku ni,
kelak kita akan berjumpa lagi.

Aku mohon jika sanyangi aku,
bacalah ayat-ayat suci sebagai penemanku disana.

Teruskan perjuangan mu menuju Tuhan yang satu,
jika di izinkan Tuhan kita pasti berjumpa lagi.

Jangan leka dan lalai dengan dunia yang
penuh kepalsuan sementara ini.

Jika tinggal sisa waktu untuk aku perbaiki diri,
ya aku sedang lalukan itu dan menaip,
kata-kata indah untuk orang yang mengenali diri ini.

Aku meminta maaf jika aku ada
melukai hati mu tanpa aku sedar.

much love,
mira.

15 Januari 2016

Jumaat pertama tanpa arwah.

Assalammualaikum,

Alhamdulillah masih bernafas di dunia ini dengan nikmat daripada-NYA. Aku tak tahu nak mula daripada mana terlalu banyak untuk aku ungkapkan satu persatu. Insha-Allah yg mana ingat yang mana boleh share yg tak meng-aib kan sesiapa aku bercerita disini.


Teringat pulak selalunya hari jumaat mesti aku ingatkan dia pergi solat jumaat dgr khutbah..jd anak yang baik yg soleh dan jd bakal imam dan ayah yg baik utk ank2 kta nanti..tp....semoga awak tenang disana..disana tak perlu solat lg sebab semuanya dh berakhir sya je kna teruskn hdup ini..

Kenangan kita selalu saya abadikan...terima ksih awak....awk tetap kekuatan semangat saya..

Hasil carian imej untuk redha

Bagi sesiapa yang menyatakan aku ni bla bla hentam kat aku sebenarnya blog ni sejak zaman sekolah lagi so kau tak ada hak untuk mintak aku stop menaip pasal arwah. Sebenarnya to hater ko nak aku buat ape sebenarnya? Aku kacau hidup ko ke? Aku ada mintak duit ko ke? Aku ada rampas orang yang ko sayang ke? Klau tak ada diam pergi main jauh-jauh orang macam ko ni lah yang buat hidup aku bertambah anoyyinggg sangat tau dan tak boleh move on.

Setiap apa yang aku taip aku nak share apa perasaan aku , apa yang jadi lepas arwah pergi sebab benda ni orang yang Allah pilih sahaja yang rasa. Memang kita semua ada orang yang kita sayang tak kira lah family , sahabat , kawan2 , teman istimewa. Jadi orang2 ni kita sayang kan? Rapat atau tidak kalau kita kenal kita terasa pemergian dia. Tapi ada jugak yang tak kenal dapat rasa xpe bukan salah korang. Allah kurniakan perasaan tu.

Arwah meninggal Ahad lepas pagi ditempat kejadian ia dipanggil 'MAUT' sebab orang jumpe hanya berjasad yang tidak bernyawa. Allah pilih aku korang tahu tak sebenarnya perasaan sedih ni tak dapat digambarkan dengan sebuah kata2. Kalau boleh nak lari jauh dari sini sebab nak menjerit nak menangis nak muntah balik semua perasaan2 yang kita xnak tu. Sebab beratnya Allah yang tahu.

Aku bagun tido lepas 2 solat subuh then nampak 3miss call daripada ibu arwah. Tak ke pelik? Aku xcall balik aku on wifi aku dapat mesej di weChat daripada kawan arwah macam ni...

**JANTUNG AKU BERDENYUT TAK TENTU ARAH! AKU TAK PERNAH RASA MCM NI

kawan arwah : Salam ..mira ..ni aku.....aku nk bagitau hg sesuatu ni..harap hg bersabar..terima qada dan qadar..ni shahril excident.. (04.40pagi)

Tahu apa jawapan aku?

Aku : waalaikummusalam..shahril dh buang aku..aku xdak makna dalam hdup dia..

Waktu aku baca mesej 2 aku tak tahu nak menangis ke nak kecewa ke nak sedih ke seriusly air mata xgugur lagi..sampai aku baca mesej 2 berulang kali aku seperti ditamparrr!!

SHAHRIL DAH TAK ADA UNTUK SELAMA2NYA??!!

ya Allah aku bermimpi? ya Allah kenapa? ya Allah lelaki yang aku pernah sayang 4tahun lepas. Lelaki yang pernah aku bawak jumpa family aku. ya Allah dugaan apa ni.. ya Allah adakah aku bermimpi?!! aku menangis otak aku tak dapat berfikir lagi..aku percaya dia ada lagi....

Mesej daripada sepupu arwah.

Sepupu arwah : Salam mira (06.08pagi)
                          **send gambar ber-caption "Al-fatihah"
                         kuat nah mira ajal dia sampai daa..allah sayang diaa...

Aku menjawab : pggil nama sepupu arwah........

AKU IBARAT DITAMPAR BUAT KALI KEDUA.

Kitaorang sebelum ni macam ada problem sikit. Aku dah diputuskan. Tp wktu arwah ada aku dapat rasa pelik kenapa ptus kali ni xda pujuk pun xcall xmesej pun..selalunya arwah pujuk la tp kali ni dia xpujuk langsung dia xcall xmsej arwah memang tak pernah putus asa pujuk aku walaupun dia tahu aku selalu reject pujukan dia. Aku memang anoyyingg sebab tu arwah dengan aku 4tahun rapat memang semua msalah share dengan dia. Arwah memang text aku voice call aku tu pun aku pksa nak dengar suara poyoo dia sebab last jumpa 07/11/2015 smpai la yang terakhir last aku jumpe arwah wktu meninggal. Nak dekat sebulan lebih jugak tak jumpa. Memang niat nak jumpa tapi entah asyik tak jadi ja..aku tak ambik port sangat sebab arwah pun buzy study kat kolej TAJ INTERNATIONAL,Ipoh.

Kat ipoh memang tak pernah sekali pun jumpa kat kampung ja sebab kitaorg satu kampung memang heaven la dapat raya la p sekolah sama lumba moto p shopping p tgok wayang p memancing dulu p kenal2 family arwah. Arwah baik terlalu baik orangnya..

Aku pasti amalan2 arwah masih berjalan lagi sampai kepadanya sebab? 2 tayar moto aku pink kat belakang 2 kerja dia buat waktu sekolah dulu arwah memang teror bab motor ni tapi arwah meninggal pun sebab exsident tgh awak moto. Apa awak ni kata boleh jaga saya tapi awak pergi dlu. Tak apa awak sya redha saya main2 je td pergilah sayang saya selalu doakan awak disana tau..

Cop2 nak sambung lagi. Baju kurung yang arwah bagi biru pink ada lagi arwah tempah khas untuk aku tahun lepas. Arwah bagi bju t-shirt yg aku selalu pkai kat rumah. Insha-Allah semoga apa yang saya guna barang2 yg awak bagi awk dpt pahala tau. Jangan risau setiap amalan saya ,sya sertakn nama awak sekali.

Aku rasa terkilan sebab tak bersama arwah wktu2 terakhir tak bahagiakan arwah aku sedih sangat mungkin arwah tak nak aku menangis depan dia sebab arwah tahu kalau aku sedih aku menangis mesti dia nngis jugak. Aku banyak kali menngis depan arwah dia memang fedup tengok aku menangis lastly dia pujuk 'jangan nngis tak suka la tgok nngis2 ni xcomel xcntik nnti cepat tua'.
Trus aku ok dia bawak prgi makan mcD 2 kali kali terakhir. Dia aku g taman makan buger kat taman tgok orang riadah. Lepas 2 bila tengok ada family bawak anak dia cakap apa tau?!!

"tgok family 2 nnti kita lg 5tahun mcm 2 la kan..syoknyaa nk khwin"
dengan selamba aku mmbalas "jom khwin esok..tempah tok kadi.." dia gelak mengkekek td ajak sgt

dan soalan paling aku rasa nak tampar mulut dia soalan ni,,terlalu kerap dia ucap..

"kalau sya prgi dulu apa yg awk buat?" aku tgok dia aku menngis
aku jawab "knpa ckp mcm 2? kn dh jnji nk khwin? awk tahu saya akn menngis puas2 lepas 2 bacakan awk yassin..bacakn awk al-fatihah..byk2 doakn awk.,.jgn ckp mcm 2 xsuka la"

Awak soalan jadi kenyataan awak pergi dulu awak smpai skrg sya tak percaya awk dh prgi untuk selama2nya sya ingat saya yang pergi dlu rupa2nya awak..soalan awk tnya sya cukup 44kali ke? ni rasa nak tumbuk2 awak..kn dh jd..

Tak pe awak sya redha maafkan redha saya dalam air mata saya xboleh pendam pura2 happy pura kuat..kat tmpt belajar boleh la pura2 kuat depan kawan tapi bila sya time sorang mcm tgh taip skarg ini air mata sya gugur kerana luahkan perasaan ni. Kalau lepas solat asar doa2 kat awak sya sya sujud sya nngis lg then sya duduk balik duduk kepala kena lutut sya menngis sepuas2nya. Lepas mgrib baca yassin xpernah sya jd rajin baca yassin selalu time exam time rsa nk bca ja..allah sya lalai rupanya selama ni.
 Hasil carian imej untuk redha


Fahamilah bukan sya nak menyiksa..bukan saya tak redha..perasaan sedih ni perasaan yang amat susah nk ungkapkan hanya air mata yang membuat sya terus bertahan jd klau sya nak nngis tlg jgn sesekali halang sya. Sebab memang sya suka nngis drpd nngis saya kenal erti senyum erti redha.

apa lg nak ckp lupa pulak..

Orang yang pernah kehilangan sahaja yg faham erti redha yang xprnh rsa aku rsa baik tak payah komen byk baik ko doa ja..sebab komen2 ko sgt annoyyinggg sbb ko tak faham makna redha ko tak rasa..nnti klau ko dh rsa erti redha ko jmpe aku cakap redha 2 susah ke senang sbb nak lawan jasad untuk move on..

Aku kalau menyiksa arwah aku xkluar prgi beljar aku xprgi ambik test kuiz mggu ni sja pening kpala aku alhamdulillah allah permudahkan. Aku mcm biasa ada wktu aku mnngis rindu aku mnngis kjp ja utk luah rsa sedih ni aku bukan nngis xhenti2 aku nngis aku bca yassin aku doakn dia mananya aku seksa arwah? Arwah walaupun dh mati kenngan kitaorg xprnh mati. Aku percaya qada dan qadar.

Andai kata dia bukan untuk aku didunia xpe dunia ni sementara. Aku msih berpeluang doakn arwah disana sebab dia akan doakn aku disini. Mungkin jodoh aku didunia ni org lain aku xsgka sapa aku xtahu siapa. Aku bukan desprateee nak cari pengganti. Aku tak kan cari biar dia yg cari aku.

Andai kata ada..bukan untuk suka2 ini serius umur sekarang makin meningkat ajal makin lama mkin hampir aku xda msa untuk bersuka2 kejap very waste timee..arwah memang dh prgi but please jgn ambik kemsempatan utk gnti tmpt dia..eh ko rasa aku mudah ke jatuh cinta ke jatuh hati? xmudah..

Arwah pernah tackle aku waktu sklh aku reject..sbb aku tgok arwah serius baik aku xnk mainkn perasaanya utk sekadar suka2..aku ckp klau allah kurniakn perasaan cnta utk hg..nnti aku akan terima 2tahun weh dia tggu aku..aku tak tahu kenapa dia suka tgok aku eleh xmngaku zaman sklh tgok aku..

Lps pmr bru declaree msa 2 la rsa suka smua rsa timbul tba2..siap bawak jumpe ibu arwah lagi..malu nak mmpus la aku cover bajet pkai bju kurung,,ingat lagi ya allah..igt ibu arwah xsuka but ibu arwah sngat cantik muda lg..pkwe bwk awek jmpe mak mertua bukan senang lastly dia prgi......

Hasil carian imej untuk redha

Orang nampak aku "ko kuat mcm mna?"
Aku tak dak jawapan yang betul2 kukuh utk soalan 2 apa yg pasti mohon la pada Tuhan yg satu saat kita jatuh dan rsa xkuat..aku xckp aku kuat tp Allah hadirkan kekuatan tnpa aku sendiri sedar..doakan aku semoga perjuangan hidup ni diteruskan untuk sampai ke destinasi yang lurus dengan berjaya..

Ya aku redha sekarang jodoh , ajal , rezeki aku tak nak fikir Allah dah tentukan. Moga2 baik shaja aminnn....

Salagi aku bernafas aku tak kan pernah berhenti menaip.Nnti saya update lg.

Thankyou for support me yg mendokan arwah.
Allah akan balas antara sedar atau tidak :)


Hasil carian imej untuk al fatihah

Kepada sesiapa yang baca tolong sedekahkan
 Al-Fatihah
 untuk arwah teman istimewa saya.


Very much love,
mira.



12 Januari 2016

Hanya Allah yang tahu.

Assalammualaikum,

Pergilah sayangku..


Saya terlalu rindukan arwah sangat2..tadi kawan kat poli cakap ayat saya status saya semua mnyentuh perassan diorg..semua tentang awak..hmm permintaan diorang supaya saya aktifkan blog dan tulislah semua tentang awak dalam buku 2..

Mungkin dengan cara 2 orang tak hentam saya..ye saya ada terfikir untuk buat buku tentang kita sejak saya kenal awak lagi..awak sangat2 teristimewa untuk saya sayang..

Awak saya msih sygkan awk,,saya xnk cari pengganti awk,,sbb awak dh jnji nk khwin dengan sya kan? ingat tak jnji kita berdua? saya sentiasa ingt awk tahu x?

Awak tunggu la saya kat syurga saya nak jd bidadari awak kat sna untuk selama2nya,,saya xsggup tanggung rindu yang tak terbalas ni..awak pergi terlalu awal sayang terlalu awal..

Dulu awak pernah mintak saya pergi sekarang awak pulak yg pergi untuk selama2nya..awak muncul la dalam mmpi saya..sya terlalu rindukan awak smpai sya rasa awk msih ada lg..

Bagai dalam mmpi semuanya hilang sekelip mata..Ya Allah...

Saya tak pernah terbayang awak akan pergi sejauh ni terlalu jauh awak..

Insha-Allah saya sedang berusaha untuk buat buku kita sayang..Awak sya tenang tgok wajah awak syg..orang cakap klau kita tngok pasangan kita tenang je mknanya di jodoh kitaa haa awk jodoh saya..ya awak sya yakin awk prnh ckp mcm 2 dulu dengan yakin aminnn moga2 jadi kenyataan ya di syurga Allah..

Masa kita masih bersama rmai yang doakan kita semoga smpai ke jinjang pelamin sbb muka kta hampir sama..eh same ke? Yelah awak same mknanya awak jodoh saya untuk selama2nya tp awak prgi dulu xpe awak smbut saya di syurga tau sayang..

YANG MASIH SETIA SAYANGKAN AWAK,
mira.

11 Januari 2016

Teman istimewa saya telah pergi- Al-FATIHAH

Assalammualaikum,

Pada 10/01/2016 orang yang saya telah menghadap illahi pada jam 3.30pagi. ketika arwah dalam prjalanan pulang ke kampung. Orang yang selalu saya cter dalam blog ni Muhammad Shahril Bin Othman. Saya sayang dia sgt2. tapi walaubagaimana arwah dah pergi tinggalkan saya.

Saya rindukan arwah sangat2 saat ni. allah bagi pada saya dugaan yang sangat hebat. air mata ni menangis bila terkenangkan arwah..

Arwah dah cakap dah jnji nak jdkan sya yang halal nnti tp arwah pergi dulu.

Awak saya tak kuat kenapa awak pergi tinggalkan saya? Saya rindukan awak sayangg


Sampai masuk berita awak..awak saya awak,,sya dh tiada tempat untuk brmanja , untuk merajuk untuk cerita semu masalah saya..

SAYA CINTAKAN AWAK SHAHRIL

MOHON DOAKAN TEMAN ISTIMEWA SAYA DI KALANGAN ORAMG YANG BERIMAN DAN DITEMPATKAN DI SYURGA

05 Januari 2016

Warkah untuk awak kali terakhir.

Assalammualaikum,

Awak buat apa tu? Sihat ke? Saya doakan semoga awak sihat-sihat belaka ye. Ingat tak kali pertama awak ajak saya bercinta 23/11/ lepas pmr. Kita tak terfikir untuk putus pun kan? Semuanya bahagia saja. Saya ingat awak yang terakhir untuk saya tapi sayangnya saya tersilap nilai awak.

At the end kita putus jua. 22 /12/ tengah ambik diploma. Mudahnya awak tinggalkan saya setelah 4tahun kita bersama? Setelah kita kenal keluarga masing-masing macam ni jadinya? Kenapa awak mudah berubah? Kenapa sya kongkong hidup awak? sebab saya selalu merajuk? saya tak faham awak? kenapa? dan kenapaaaa?

Awak tak tahu betapa peritnya sya jalani hidup ni. Awak tinggalkn saya sorang-sorang. Awak pulangkan kembali gambar-gambar saya,diary tentang kita,surat-surat kita. Kenapa awak kejam? Sampai hati awak buat saya macam ni sampai hati. Hati saya hancur berkecai ibarat kaca yang terhempas dia atas lantai.

MOVE ON.

Awak ingat senang semudah kata je semua tu? Sekarang gambar-gambar awak saya 20% dah buang number awak saya dah buang dan semua tentang awak. Facebook , wechat ,wassap instagram semua saya block awak. Maafkan saya tiada pilihan yang lain.

8NOV2015 awak ajak saya keluar makan dengan awak. dan last kita jumpa bulan 11 tahun lepas.

15DEC2015 awak pujuk saya untuk balas wassap awak. awak cakap kalau tak reply awak ada kerje ataupun tido.

30MAR2015 awak jaga kedai saya boleh datang untuk makan tapi saya pergi cuba kedai sebelah.

17FEB 2015 awak ajak keluar

15FEB2015 awak masih ajak sya keluar sabtu atau ahad.awak nak sangat-sangat jumpa saya

9FEB2015 awak termarah saya

18JAN2015 kita bergaduh wawak nak peluang kedua ya saya bagi ni walaupun hati saya sakit dan terluka

14JAN2015 "assalammulaikum cintaku"

13JAN2015 awak tanya saya masih marah awak lagi tak?

Awak cakap saya yang terbaik tapi kenapa akhirnya begini?

1JAN2016 awak dah berubah sangat2 hampir-hampir saya tak kenal awak lagi. awak pergi race motor awak merokok awak vape. bukan saya nak perburukan diri awak tapi kenyataan sejak kita putus. Awak kenapa awak tak pujuk saya macam dulu?

Awak cakap awak sayang saya sangat-sangat? mana sangat-sangat awak tu? Awak pesan pada sepupu awak untuk cari pengganti saya secepat mungkin. Gugur rasa hati ni. Mudahnya cinta yang bersemi selama 4tahun akhirnya begini?

Sedangkan saya disini di tengah jalan sorang-sorang walaupun dibelakang saya ada beberapa org yang menunggu dalam kesedihan dengan air mata.

PELUANG.

Maaf. Tiada lagi untuk awak. Jadilah apa pun saya tak peduli lagi. Pergilah jangan hadir dalam hidup saya lagi.

PENIPU.

Awak cakap tak nak cari orang lain tapi awak cari orang lain.

22DEC2015 "hmmm baikla kte ptus"

Sebenarnya terlalu banyak saya nak cakap tapi saya tak mampu taip lagi jika ada kelapangan lagi saya sambung lagi tentang awak tentang kita tentang saya.

satu lagi saya rasa saya nak mula berkarya dalam dunia penulisan doakan saya ye..

Yang aku dapat pastikan kita tidak akan bersama lagi melainkan hanya tulisanku yang menyedihkan kepadamu.