Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

23 Februari 2014

Aku pun nak kahwin jgk!!

|10 sebab kenapa nak kahwin awal| 
|10 sebab kenapa nak kahwin awal| 

Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya!

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.

4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh "enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

Dah habis dah? Ada satu lagi,Extra! Hehe..

11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita.One Happy Family!:D

**copy dan paste.tp betul dh plan lg 5/10tahun lg akk nk khwin dgn pilihan hati akk sndiri.
harap ada sinar restu suatu hari nnti andai bkn sekarang tdk mngapa akk akn tggu.

Tentang Jodoh.

Mengapa cari jodoh pilihan sendiri lebih baik?

Jika cari jodoh adalah dari pilihan kita sendiri pastinya kita lebih mengenali hati budi pasangan cari jodoh, Dah kenal antara satu sama lain.. Mudah untuk kita menyesuaikan diri apabila bernikah kelak kerana telah tau perangai dan apa saja yang dia suka atau tidak, Dah tahu kelebihan dan kelemahan si dia. Lebih serasi dan mudah mesra.

Apabila dah kenal-mengenali calon cari jodoh pilihan sendiri, kita dah tahu apa hobi dia dan apa minat dia. Jadi, tak ada lah kita buat benda yang dia tak suka. Ini dapat mengurangkan pertengkaran akibat tidak dapat mencari titik persamaan dan pertemuan calon cari jodoh.

Dapat memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga cari jodoh. Jika calon cari jodoh saling tidak kenal antara dua keluarga, inilah masanya untuk berkenal-kenalan dan berukhwah antara satu sama lain. Memanjangkan silaturrahim adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

Cari jodoh pilihan sendiri juga biasanya selalu berusaha untuk kekal setia dan bahagia hingga ke akhir hayat. Kita dapat membuktikan kepada keluarga walaupun bahawa cinta setia ini mampu kekal bahagia selamanya. InsyaAllah.



22 Februari 2014

Bila keluarga berbicara.

Tiada apaa yang mampu aku luahkan 
disini kerana ia amat menyedihkan
seluruh perasaan dan hidupku.

Hanya Allah yang tahu betapa 
sedih keperitan yang aku rasa cukup sedih.
Betul hanya air mata yang menitis menemani.
Ya Allah ;(((



12 Februari 2014

JAWATAN KOSONG MACAM COMEL JE.

Assalammualaikum.

Semalam fone aku hang teruk sgt ish nk kna tukar lain ni. Skrg ni byk keluaran iPhone dengan Samsung tp aku tak beberapa minat sgt aku more kepada Sony. Kena terpksa aku reset balik fone hah baru tak hang ohh mngada eh fone ni. Jdi keputusan aku pkai dua fone hah satu fone utk main game dengan dengar muzik satu lagi utk wassap wechat fb twitter mesej call. Hah gerenti tak hang.

Ok tadi bukan fokus utk dicerita kan mcm LOL ja aku ni. Sebenarnya aku dah cari kerja area sini but tak da klau ada pun tak da hostel. Aku ni perempuan jd susah banyak nak balik malam. Klau trlanggar apa-apa tak naya ja aku dah la blum khwin lgi. Ish takut seram lah. Banyak jawatan kosong area tmpt lain mksud aku negeri lain yg perlukan org as jawatan yg aku suka guru tadika.
Ala nak jd cikgu bleh la mak please!!! -.- susah la kalau family tak bagi kn?

Aku ni lepasan SPM ya bulan depan result keluar org cakap tak boleh sabar ke? Bukan aku tak boleh sabar tapi intake universiti lambat lagi tu pun kalau aku minat bidang tu sambung lah klau tal kena tunggu lagi kn? hahhhhh tak tau dah nk iktihar mcm mna. Tapi aku cek wassap pg tadi ada seorg puan ni wassap aku tnya psal dh krja ke blum? pg td bru aku reply. aku apply kt puan ni tntang jd ckgu tadika area tmpt lain harapan mcm ada hostel ja tak la pulak. Harap dia reply la wassap aku secepat yang mungkin kan. sebab aku nak kerja aii bosan duk rumah buat kerja rmh.

Hari sabtu ni cikgu el khwin a.k.a cikgu kimia aku tahun lepas. Akhirnya jmpa jgk pasangan hdup dia. Im so happy! Ckgu siap bg warning ckp " masa hari tu sya yang khwin ok jgn mngalahkan penggantin plk " haha ckgu ni apa salahnya kami hbs sekolah dh pun. Biarlah nk melaram sikit -.-

Hari ahad pulak mgkin la pergi jalan-jalan dengan family tak pun havoc dengan kawan-kawan hahah. Sekarang ni cerita paling best mendapat tempat pertama di mata aku ialah sebuah cerita

"bukan kerana aku tak cinta"

Amboi tajuk memng syok la aku lagi feel hahaha remaja beb kena faham. Ok layan. Bai.

10 Februari 2014

PENGALAMAN CARI KERJA part 2.

Assalammualaikum.

hmm skrg ni dh 3bulan tanaman anggur..kdg2 bosan jgk duk rmh xda kwn hmm..sungguh jga adk pun dpt elaun xbyk..mak dgn abh aku ni kedekut skit ye la dh melabur byk sgt duit kt aku..if aku krja snng dpt duit beli la apa yg aku suka..ya allah betapa susahnya nk cari krja ni yg ada hostel.
dh dpt tp jauh mak aii. ada 3krja aku dh reject sbb jauh..

1- krja stesen mnyk esso kt Juru.

2- krja RnR kt area tmpt aku ni.

3- krja ckgu tadika kt Kulim.

4- krja hotel example reception /steward.

5- .......................................................................................................

Alahai sgt mnyayat hati. Aku dh puas cari krja area taiping dpt tp xda transprot nk balik. Mak ayah aku bkn nk tlg walaupun ckp nk tlg. Aku dh mlas nk cari bulan ni tgok plk lps dpt result ni. Mak aku sruh krja kilang blik NO!!! mati hidup blik aku xmau p kilang 2 dh..lgpun family aku mmpu sara aku alhamdulillah. Hmm nmpknya aku xkrja ni duk rmh hari ahd out dgn kwn2.

Hanya allah yg tahu aku menebalkan muka utk brtnya "ada krja kosong tak?" kwn2 aku asyik harapkan aku lg aku give up nk cri..klau aku mngadu kt family aku comfirm kna mrh aku cuma mngadu kt dia2 bg semangat jgn ptus asa cri lg..

ada layanan yg disambut dgn baik ada layanan yg disambut mcm mangkuk.org tnya elok2 tp di org balas kasar, org brbudi kita brbahasa la sikit -.-

lepas 2 aku blik rmh trus tdo wktu2 nk msuk zohor aku xperasan ada org call nk hntr barang yg aku oder 2..yeay disebalik xdpt krja tp dpt barang yg aku nk..bayar payment hri rabu tp smpai hari ni..skynet pnya servis adoii kta 1/2hari..aku igt dia dtg naik van rupanya naik kereta wira merah -.-
LOL dan ni kali terakhir aku oder brang online lepas ni xmau dh cukup pengalaman sekali..

ALLAH BERIKANLAH AKU PEKERJAAN YANG HALAL YANG MAMPU AKU BUAT//


I
NEED
JOB.
PLEASE
HELP
ME.