Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

01 Jun 2015

TAMAT SUDAH KURSUS KU.

Assalammualaikum.

Dah sebulan aku tak taip entry kn? masih ada lagi ke pembaca. ok kali ni entry untuk bulan lepas kesimpulan aku cerita yang mana aku ingat sebagai luahan perasaan dalam diri ni moga coretan ni suatu hari nnti memberikan ingatkan kenangan yang terimdah buat diri ini.

Alhamdulillah aku baru berjaya menamatkan kursus rekruit prajurit muda siri 1 di ipoh. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini yang menanggung keperitannya suka duka hmm.

Minggu pertama memang mental fizikal aku tak tahan sakit perut 2hari aku cuti mc duk dalam bilik je. Betul orang cakap cara askar uji mental fizikal dengan mental ko je. Kitaorang berkawad daripada pg smpai petang. then petang pentadbiran gotong-royong mmng bersih gile kawasan sampai sampah susah nak jumpe.

Minggu kedua belajar kawad senjata peh tengah2 hari berkawad memang habis muka burn tp nasib baik muka aku tak burn teruk skrg dah ok. memang panasnya smpai baju basah aku sampai kena rangging mndi kt paip la dkt2 situ adoi malang btul spa la yg buat paip tba2 wujud kt sni.

Minggu ketiga belajar senjata  m16 dh la ambik senjata pg2 buta pehh mata rabak gila smpai ada tido xkisah ditepi jalan sekalipun. penat sumpah penat tak dek rehat dengan sakit kakinya dengan kaki melecetnya hmm jangan cakap lah. mula2 rsa mcm susah nak guna m16 ni tp bla dh biasa ok je,

Minggu keempat  belajar tentang medan dekat hutan semuanya lah tapi yang bacis2 je. susah la jugak asyik kena ketuk je. belajar dalam kelas tengah panas2nya allah.

Minggu kelima masuk medan hutan ladang getah kat sungai siput kampung peplop ke eh lupa dh aku tapi memang pendalaman gila smpai jumpe sungai. nasib sungai 2 cetek tp sakitnya ada batu pehhh mmng susah duk kt hutan. tandas kena buat sendiri nak cuci kna guna air botol.
Nak mandi apatah lagi adoii mandi lah ayor sungai ni. malam-malam paling seksa nyamuk kowt brbintik tangan aku kna gigit. kaki dalam kasut but pun sakit kembang semacam berbintik melecetnyaa.

Penutup buat kat medan erm best gile bukit tinggi nmpk semua so sweeet.

Malam2 selalu kt kem roll call pukul 9-11mlm gila mengntuk dengan penatnya.

Bab rangging aku pernah masuk longkang busuk pehh penuh pasir dengan anak katak berudu aku pernah mandi kat padang kadang tak silap aku 10kali dah hmm muka dah tak tahu malu.

Makan kadang-kadang sedap tapi tak boleh lawan masakan mak aku lagi.

Masa akhir kursus pakat berendam ayaq mata sedih btul zul tak jumpe aku pun takut menangis depan aku katanya. tp skrg wassap pun tak nak entah apa hal la masalah dia aku tak faham tapi aku suka dia nice baik relex tenang slalu pesan "sabarrr miraaaa" segala kebencian kesukaan aku dia dengar terima kasih kawan..pernah belanje aku air oren lepas habis latihan pehh best sejuk tekak aku.,pernah tolong aku bersihkn padang kawad. kenapa la sejak mula aku tak sedar yang ko ada hati dekat aku aduhai last2 kursus baru aku tahu.


PRAJURIT MUDA KE PREBET// welldone.