Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

28 Januari 2013

because they are my tears..

ASSALAMMUALAIKUM,

Antara perasaan yang Allah berikan pada Manusia yang jarang sekali kita dengar orang berlapang hati menerima perasaan ini untuk hadir kedalam kehidupannya..adalah perasaan “AL-Hazan”. Persaan Sedih.. inilah persaan yang berjaya meraggut sebuah senyuman dari bibir seseorang itu. Persaan yang berjaya meragut kehidupan seseorang itu. kadang- kadang persaan ini hadir tanpa ada sebab..tidak di undang..tidak di jangka. Kadang- Kadang sesuatu yang menyedihkan pada seseorang itu bukanlah sesuatu yang menyedihkan pada orang lain.

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA


"JANGAN BERSEDIH,ALLAH BERSAMA KITA"


Air mata buaya 

adalah suatu paparan palsu atau tidak ikhlas emosi seperti seorang munafik menangsi air mata palsu kepiluan.

ALLAH MENGIRA AIT MATA WANITA ,BERHATI-HATILAH  !!

Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah SWT mengira air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atasnya, bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya, di bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi....

WANITA DAN AIR MATA ...


"Wanita sangat istimewa,setiap wanita bagi mamat pasti mempunyai perasaan

ingin sentiasa diberi perhatian dan ingin sentiasa di belai…

Wanita akan menangis apabila terkenang kan peristiwa atau kejadian yang sedih..

Wanita akan mudah tersentuh bila teringat kisah-kisah hidup mereka.."


 


1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah..
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?
kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan siksa Allah..
Tangisan dapat memadamkan api.

Neraka “Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut!!

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya. 

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Kita tidak akan kenal bahagia 

sebelum melalui sengsara,

tidak kenal cinta sebelum faham erti 

benci, 

tidak menghargai senyuman tanpa 

air mata pedih."


When Allah puts a tear in your eye, 

it’s because He wants to put a brighter part in your life.