Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

08 Mac 2016

MOVE ON?

Assalammualaikum,

Hmmm sebenarnya aku banyak assigment nak buat tapi yelah kan ada masa saje rajin kan diri nak menaip. Terlalu banyak aku mahu meluahkan. Dulu malas nak menaip sebab ada arwah selalu cter kat dia selalu dia ada. Kalau la dia masih ada lagi mesti dia cakap macm ni

"hari ni saya final exam awk doakn sya tau!"
"awak sya rndukan awk sgt2"
"awk nnti balik kmpg kte jalan2 nk tak?"
"saya pening la bz ni penat btul byk kerje"
"sya whasap mlm nnti tau"
"awak sya nk main bola ni"

Dialog dia sampai aku boleh hafal. Ya Allah sesungguhnya rsa ni terlalu berat tapi aku sabar aku tahu kau akan hadiahkan aku dengan sesuatu yg lain. Ramai cakap mgkin Allah ada sediakn pengganti yg lebih baik. Tak ni bukan sama ada baik ke jahat ke ni tentang perasaan. Perasaan dan cinta sejak dari zaman sekolah menengah. Tentang kehidupan bersama dia nanti tp dia dah pergi jadi semuanya tinggal angan-angan ya Allah angan-angan kami semua masioh segar dalam ingatan ini.

Awak, saya masih cintakan awak.

Puas aku fikir move on tu macam mana eh? Haa baru aku teringat aku pernah move on. Masa form 1 sebelum kenal arwah aku pernah bercinta 8bulan tapi tak lama sebab dia playboy kaki perempuan. Aku move on ambik masa 2tahun ke 1tahun setengah mcm tu lah. Move on lupakan dia semua tentang perasaan sampai la aku terpandang arwah kekasih aku ni. Tak guna betui aku sedih la jugak patah hati tapi relex je dalam masa yang sama aku ushaa arwah masa tu memang aku ushaa dia ja kalau mai sekolah.

Ramai nasihat suruh move on tapi aku cakap je move on tp mcm ni jugak alahai sedih betul. Sebenarnya kan move on tu mcm ni :-

1- Dalam fone xda lagi numbe dia, text dia, sms dia, gambar2 dia

2- Dekat wc ws fb ig tw xda lagi pasal dia , stalker dia ke hape

3- Pemberian dia hadiah mcm baju ke surat ke gambar ke ticket wyang ke ticket zoo ke ape pun

4- Apa yang di pernah tolong mcm aku arwah tolong spray moto kalau boleh xpyh la tgok

5- Fikiran dan hati slow-slow lupakan dan lepaskan

6-  Dan pelbagai lagi yang berkaitan.....

Dan semua benda ni aku tak boleh buat lagi. Faham tak? aku tak boleh. Aku mengaku aku masih hidup dalam kenangan kami lagi aku hidup seolah-olah arwah masih ada walupun hakikatnya arwah dah pergi jauhhhh. Walaupun macam tu hati arwah tak pernah jauh daripad aku, Entah la aku tak kuat nak move on sorang-sorang aku takut. Aku sendiri tak tahu apa yang perlu aku buat sedang hati meronta-ronta mahukan dia.

Duhai hati sabar kita slow-slow ok kita bersama kau akan bahagia walaupun bukan didunia. Bila fikir balik untungnya aku sebab ada seseorang tunggu aku disana seseorang yang aku cinta. Seseorang yang aku cinta tak berkahwin dengan orang lain didunia ni. Seseorang yang dah buktikan yang dia cintakan aku sampai hembusan nafas terakhir dia. Sampai sekarang aku tak dapat berharap sapa datang lagi dalam hidup ni. Aku rasa tak nak kahwin tak nak . Tapi Allah dah cakap jodoh aku dengan orang lain aku kena terima.

Tapi sebelum aku dengan jodoh yang tu aku nak cakap kat dia kalau sayang kena betul-betul sayang. Kalau janji setia kena tunaikan nanti arwah teman istimewa saya kecewa dengan awak. dan bawak dia jumpe ibu arwah dan bawak dia pergi pusara arwah. Kalau dia boleh terima ok next level.

Calon? ok tiada lagi. Susahnya cari jodohhhh.

Ade yang nak mencalonkan diri ke? Ke nak tolong carikan calon. Dua2 boleh silakan.


Jika tiada sapa-sapa yang boleh bukak hati aku. Lepas habis degree aku nak buat master dekat luar negara luar Malaysia nak bawak diri jauh jauh. Tu je perancangan sekarang. Tahun depan dah mula nak bawak diri jauh dari Perak dulu dalam Malaysia.

Ramai yang pernah rsa kehilangan org yang dia cnta dan sayang cuma cara handle je lain. Betulah orang cakap jika seseorang tu sayang kan kita sampai mati dia bawak cinta tu. Xpe nanti kita dipertemukan jugak jangan sedih-sedih hati cinta shahril dan shamira tak pernah mati berpisah kerana Allah bukan senang Allah nk ambik org yg kita cinta tambah-tambah lagi first lover.

Dan aku akan tebus semua rasa terkilan aku pada seseorang nanti. I promise i will take care u.
Shahril saya tak kan lupakan awak seumur hidup saya. Tenanglah kau disana,
Wahai kekasih hati.

SETIAP KALI AKU NYANYI MESTI AKU SEDIH TERINGATKAN DIA.
LIRIK-LIRIK DIA KENA SANGAT.


"Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu"


AL-FATIHAH TEMAN ISTIMEWAKU,
SEMOGA KAU BAHAGIA.
#SEPIAWAK

with love,
mira.

Tiada ulasan: