Assalammualaikum.
Sekalung ucapan terima kasih utk kak maera ismail kerana mengada contest 'hijrah'
sebenarnya dah lama saya nak kongsikan setelah sekian lama baru skrg sya berpeluang.
Alhamdulillah ;') terima kasih Allah. Sekadar pengajaran untuk semua
Aku ada join satu contest dari http://www.maeraismail.com/
Aku ingat lagi sewaktu aku berada di form 2 hujung tahun tiba tiba terdetik niatku untuk berubah. Mula mula aku niat nak berubah sbb aku dh form 3 jadi aku bakal mnduduki PMR 2011. Jadi aku mula berubah secara perlahan lahan tidak terlalu drastik.
Tudung pendek sekarang aku sudah bertudung mengikut syariat islam.
Stoking pendek sekarang aku sudah berstoking panjang.
Pendek kata 360darjah cara aku berpakaian berubah!! Lain dari yang dlu.
Setelah berjaya menduduki PMR waktu cuti bulan 12. Aku merancang matlamat aku bagi tahun 2013. Kali ni aku memasang niat dengan lebih mendalam aku ingin berubah kerana Allah. Aku ingin mencari redha Allah.
Dalam sepanjang tahun 2012 form 4 alhamdullilah aku berjaya ubah diriku untuk menjadi seorg wanita yang mencintaiNYA dahulu.
Aku redha dengan apa yang berlaku.
Dengan masalah yang banyak akhirnya membuat aku lebih matang dalam menempuhinya.
HIJRAHKU TIDAK BERHENTI DISITU.
AKU TERUS SAMBUNG MATLAMAT AKU LAGI TAHUN 2013 FORM 5.
Tahun akhir aku sekolah aku akan menduduki SPM. Ya Allah terlalu pantas masa itu berlalu. Bulan 3 tahun ni ckgu math aku telah mngadakan stu program motivasi utk student2 SPM. Ya aku tidak akan melepaskan peluang ini. Aku pergi bersma kawan kawan rapat baikku. Kami menangis bila ada satu sesi ceramah 2 munasabah diri.
Setelah menghadiri program 2 ya memang ketenangan ini yang aku cari kalau dulu aku malas nak baca ayat ayat suci skrg alhamdulillah aku rajin. Kalau dlu baju aku ketat nak mampus dan seksi skrg aku menutupnya dengan penuh kasih syg.
Program 2 merapatkan lagi diri kita dengan yang Maha Esa.
H.D.A
(hubungan dengan Allah)
Lepas balik drpd kem 2 aku sering berhubung dgn kakak2 yang join program 2 utk berubah sbb diwajah mereka terlihat CAHAYA NUR. Kawan kawan aku berubah alhamdullillah aku bahagia tgok dia dan skrg kami menasihati antara satu sama lain.
Akhir sekali smpai aku hbs SPM tahun ni baru ja bulan lepas ckgu ckgu aku masih memberikan motivasi igt Allah selalu tmbh2 lgi ckgu math.
"cikgu semoga allah menghadiahkanmu balasan syurga di akhirat nnti."
"Ya Allah aku yakin aku telah menemui jalanMU.
Aku yakin aku hampir menggapai redha illahi.
Berikanlah aku kekuatan untuk terus berhijrah dalam terus mencari redhaMu."
Marilah kita tingkatkn usaha menyiapkan diri dan berhijrah kpd Allah SWT dan Rasullullah SAW!! Semoga setiap hari yg kita lalui smakin brtambah bekalan kita khidupan di Akhirat kelak.Tidak lupa jga agar smakin dekat pula dengan cinta dan redha Allah SWT. Insya-Allah. Amin.
Marilah kita tingkatkn usaha menyiapkan diri dan berhijrah kpd Allah SWT dan Rasullullah SAW!! Semoga setiap hari yg kita lalui smakin brtambah bekalan kita khidupan di Akhirat kelak.Tidak lupa jga agar smakin dekat pula dengan cinta dan redha Allah SWT. Insya-Allah. Amin.
Benarlah kata Nabi saw:-
“Sesiapa yang Allah S.W.T kehendaki kebaikan padanya, akan diberi kefahaman di dalam Agama.”(Hadis riwayat Ahmad di dalam Kitab Min Musnad Bani Hashim)
KISAH BENAR,
IERA (nama samaran)
2 ulasan:
amin..
Amminn...insyaAllah dik. =')
Catat Ulasan