Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving - Albert Einstein

29 November 2012

I L O V E U = U L O V E M E


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil 

terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia 

akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia 

masih hidup. 



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula 


menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus 

meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin 

tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... 



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah 


menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu 

sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... 


sedangkan jika ka mu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... 


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu 


mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia 

biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 

akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi 

hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... 




Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. 

Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar 

kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. 


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan 


kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandin 

gkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya 

apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yg akn menyesal..

Tiada ulasan: